NUR AMALIN A'ISHAH BINTI SUZAHAKASIMI POLITEKNIK KOTA BHARU
Projek ini memperkenalkan penghasilan bata mesra alam dengan menggunakan sisa plastik PET kitar semula bagi mengurangkan pencemaran persekitaran serta meningkatkan kelestarian dalam bahan binaan. Sisa plastik PET dibersihkan, dihancurkan menjadi serpihan dan dicampurkan bersama simen, pasir dan air sebelum dibentuk dalam acuan standard serta melalui proses pengerasan selama 7, 14 dan 25 hari. Ujian kekuatan mampatan dan penyerapan air turut dijalankan bagi menilai prestasi bata yang dihasilkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa campuran 5% PET memberikan prestasi terbaik dengan kekuatan mampatan 25.09 MPa serta kadar penyerapan air yang paling rendah, sekali gus memenuhi ciri bata yang lebih kukuh, tahan lembapan dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Inovasi ini bukan sahaja menyokong kelestarian melalui pengurangan sisa plastik, malah menawarkan alternatif bahan binaan yang lebih murah, boleh diskala dan berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam industri pembinaan. Projek ini selari dengan matlamat SDG 9, 11, 12 dan 13 melalui pembangunan inovasi lestari, komuniti mampan, penggunaan sumber secara bertanggungjawab dan tindakan terhadap perubahan iklim.