SS440: TAWAF-PROMAX

Muhammad Afiful Islam Bin Ahmad Shahimi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Pembelajaran teori tawaf sering menimbulkan kesukaran kepada pelajar dan bakal jemaah umrah untuk membayangkan pergerakan sebenar di Masjidil Haram, sekali gus menjejaskan keyakinan mereka. Bagi mengatasi cabaran ini, aplikasi Tawaf-ProMax dibangunkan dengan mengintegrasikan teknologi Augmented Reality (AR) dan Artificial Intelligence (AI) bagi menyediakan simulasi tawaf yang interaktif serta realistik. Pembangunan berasaskan model ADDIE dan Teori Konstruktivisme ini menawarkan visualisasi Kaabah 3D, panduan langkah demi langkah, bimbingan AI Mutawif serta kuiz pelbagai bahasa. Penilaian menunjukkan peningkatan kefahaman, keyakinan dan kepuasan pengguna, menjadikan Tawaf-ProMax berpotensi sebagai alat bantu pengajaran berkesan dalam pendidikan Islam dan persediaan umrah.