PR162: E-Askar Wataniah - Sistem Maklumat Dan Komunikasi Digital Rejimen 514

Lt Ts.Dr. Kannan A/l Rassiah Politeknik Melaka Malaysia

Type Your Abstract Here!

E-Askar Wataniah ialah satu aplikasi mudah alih interaktif yang dibangunkan menggunakan platform Glide bagi memperkukuh sistem pengurusan maklumat dan komunikasi dalaman Rejimen Askar Wataniah 514 (RAW 514). Aplikasi ini direka dengan antaramuka moden dan mesra pengguna, berasaskan identiti ketenteraan yang kukuh melalui penggunaan logo rasmi, warna korporat, dan ikonografi khusus. Ia merangkumi lima modul utama—Unit Pengambilan, Carta Organisasi, Kor/Rejimen, Statistik Viewer, dan Maklum Balas Pengguna—yang menyokong pengurusan organisasi secara digital dan interaktif. Dengan tahap kesiapsiagaan teknologi (TRL 5), E-Askar Wataniah telah mencapai fasa pembangunan berfungsi dan pengujian ciri. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan komunikasi dan penyelarasan maklumat dalam RAW 514, tetapi juga berpotensi diperluas penggunaannya kepada organisasi sukarela, badan beruniform, serta institusi ketenteraan pendidikan lain. Sebagai aplikasi digital rasmi pertama bagi Rejimen Askar Wataniah, ia menandakan langkah penting ke arah transformasi digital ketenteraan selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0.