MOHD YAHYA FADZLI BIN JUSOH Pusat Pendidikan Ilmu Pendidikan
Modul I-DECOBEST adalah inovasi pendidikan yang menggabungkan Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking), Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT), dan Amalan Kelestarian Tenaga untuk mengatasi cabaran pengajaran topik elektrik di sekolah kebangsaan. Modul ini telah diiktiraf melalui pelbagai anugerah termasuk Best Paper Award di InCoP 2024 dan Silver Award di SIRAC 2024. Selain itu, modul ini telah didaftarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan menghasilkan 12 penerbitan jurnal berwasit dalam indeks Scopus, WoS, MyCite, dan MyJurnal. Kajian ini memupuk kemahiran proses sains, literasi tenaga, serta perubahan tingkah laku murid ke arah penggunaan tenaga lestari, menjadikan mereka agen perubahan dalam mewujudkan masyarakat celik tenaga.