Muhammad Afiq Aliff Bin Mohd Asri Universiti Utara Malaysia
MathVenture: Jutaria Challenge merupakan satu inovasi pembelajaran digital berasaskan permainan papan bagi mata muridan Matematik Tingkatan 1 yang merangkumi topik Nisbah dan Kadar, Ungkapan Algebra serta Persamaan Linear. Pembangunan inovasi ini berteraskan teori “connectivism” yang menekankan pembelajaran melalui pembinaan rangkaian, interaksi dalam talian, serta perkongsian pengetahuan secara kolaboratif. Aplikasi ini turut menyediakan maklum balas sistem secara serta-merta dan membolehkan akses pembelajaran yang fleksibel di luar konteks bilik darjah. Dari segi metodologi pembangunan, pendekatan reka bentuk berfokuskan pengguna telah diaplikasikan dengan pengintegrasian elemen avatar, dadu, sistem pemarkahan dan papan kedudukan bagi meningkatkan penglibatan, motivasi serta pengalaman pembelajaran murid.