YCV181: VEGAN SOYBEAN SKIN MEAT

NURAZMINA WIRDANI BINTI ASRI NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS

Vegan Soybean Skin Meat ialah produk makanan yang menggunakan kacang soya, tepung dan madu sebagai bahan utama ia bertujuan menarik minat pelanggan yang hanya makan 100%makanan vegetarian. Vegan bukan sahaja dapat menarik minat pelanggan yang makan vegetarian, malah pelanggan yang lain juga dapat merasai vegan soybean skin meat yang sakan – akan daging lembu. Penggunaan kacang soya mengandungi protein yang tinggi dan asid amino seperti lisina, metionina, fenilalanino, valina, triptofon, histidina, isoluesina, leusina, treonina. Selain itu, tepung mengandungi lemak, karbohidrat, serat dan protein untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengekalkan berat badan. Seterusnya ,madu yang datang daripada 100 % asli sarang lebah, di proses melalui proses pemanasan yang mengandungi gula, campuran asid amino, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksida dapat merawat luka fizikal pada badan. Produk Soybean Skin Meat dapat digunakan oleh semua individu tanpa mengira jantina dan usia. Pelaksanaan produk Soybean Skin Meat juga dapat digunakan dalam mengekalkan pemakanan yang sihat.