PR358: HANI TRUE MATCH

HANITA LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS

Inovasi Game Leraning: HANI TRUE MATCH bagi membolehkan murid meningkatkan pencapaian dan mengaplikasi pembelajaran bermakna berasaskan Pembelajaran Abad-21 (PAK-21) bagi topik mengelirukan seperti perjuangan nasionalisme. Murid mengalami kesukaran menguasai topik seperti Perjuangan Nasionalisme kerana melibatkan ramai tokoh pejuang. Murid juga keliru dan sukar mengingati sebab-sebab dan perkembanagn peristiwa perjuangan setiap tokoh yang berbeza-beza. Oleh itu, inovasi ini bertujuan meningkatkan pencapaian murid dan membolehkan murid terlibat dalam pembelajaran aktif mengaplikasi eleman PAK-21. Inovasi Game Learning: HANI TRUE MATCH merupakan kad permainan digunakan bagi melibatkan murid menyusun padan dan membuat penerangan berkaitan perjuangan tokoh. Inovasi ini telah ditambahbaik menggunakan aplikasi Word Wall menjadikannya permainan digital yang interaktif. Paparan skor markah dan catatan masa menjadikan permainan mendorong murid mentelaah bersungguh-sungguh sebelum bermain secara digital. Murid boleh memainkannya secara interaktif menggunakan teefon pintar atau tablet atau komputer. Keunikan inovasi ini ialah, gambar-gambar tokoh dilukis dan makluat digunakan berdasarkan buku teks.  Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid tentang topik perjuangan nasionalisme dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) daripada 7.68 kepada 2.09. Hasil pemerhatian juga menunjukkan pembelajaran berpusatakan bahan dan murid yang mendorong aplikasi elemen kolaborasi, komunikasi dan kemahiran berfikir. Seterusnya, maklum balas daripada murid menunjukkan murid seronok mengikuti sesi pembelajaran dan berupaya menguasai isi pelajaran. Keberkesanan bahan dan aktiviti yang dijalankan mendorong pengkaji menghasilkan bahan seperti Game Leraning: HANI TRUE MATCH untuk topik-topik yang berikutnya. Akhir sekali, inovasi ini juga telah mendapat Hakcipta MyIPO dan disebarluas di seluruh negara.
Kata Kunci: Game Learning, Hani True Match, Sejarahype Your Abstract Here!