NUR ALIYA BINTI AB AZIZ KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
Inovasi dalam bidang teknologi pakaian kini bukan sahaja berfokus pada mencipta produk yang bergaya, tetapi juga dapat memberikan perlindungan dan fungsi tambahan kepada pengguna. Salah satu inovasi terkini adalah jaket kalis peluru yang menggunakan campuran tepung jagung dan air sebagai bahan utama. Pakaian pelindung tradisional selalunya berat, tidak selesa, dan mahal serta menggunakan bahan kurang mesra alam. Jaket kalis peluru berasaskan Non-Newtonian fluid menawarkan alternatif yang lebih ringan dan lestari tetapi cabaran timbul dalam memastikan penerimaan pengguna dari segi kos dan kebolehgunaan. Objektif inovasi jaket kalis peluru ini adalah untuk menghasilkan pakaian pelindung yang ringan, fleksibel, dan mampu memberikan perlindungan efektif terhadap hentakan. Jaket ini memanfaatkan Non-Newtonian fluid berasaskan tepung jagung dan air sebagai bahan utama yang mesra alam dan kos efektif. Metodologi dalam kajian vest non-Newtonian fluid ini melibatkan pengujian ke atas sifat aliran dan daya tahan bahan yang berfungsi sebagai pelindung tubuh, di mana respons cecair yang berubah mengikut tekanan atau kelajuan aliran digunakan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan dalam aplikasi praktikal. Jaket kalis peluru ini mempunyai potensi kebolehpasaran yang tinggi, terutamanya dalam kalangan peminat sukan lasak, pekerja industri berisiko, dan pengguna harian seperti penunggang motosikal. Dengan reka bentuk yang ringan, fleksibel, dan bergaya, ia juga menarik perhatian pasaran ketenteraan dan penguatkuasa undang-undang. Menggunakan bahan mesra alam berasaskan Non-Newtonian fluid menjadikannya sesuai untuk pasaran yang menekankan kelestarian. Kos yang rendah dan keupayaan untuk disesuaikan mengikut keperluan menambah daya tarikannya sebagai produk inovatif dan berdaya saing. Jaket kalis peluru ini menawarkan pelbagai kebaikan seperti kos efektif dan boleh direka dengan ciri kalis air atau tahan haba.