YCV372: MOON CYCLE : THE MENSTRUAL WHEEL

NUR ALEESYA NAJWA BINTI AZHAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

iRISE25 | Young Creator

CR: nan | Likes | Views | 102 times | LS: 102.0
Like it? | Support them now!

Topik Kitar Haid merupakan topik penting dalam Biologi Tingkatan 4 . Berdasarkan kajian awal, didapati 23 murid 4 Amanah mengalami kesukaran dalam pengiraan tarikh haid dan ovulasi. Justeru, satu intervensi menggunakan alat bantu mengajar (ABM) "Moon Cycle:The Menstrual Wheel" diperkenalkan untuk membantu pengiraan tarikh, menentukan jenis pemakanan mengikut jenis hormon mengikut fasa dan menguruskan kebersihan diri dengan baik. Alat ini merupakan sebuah roda visual yang memaparkan fasa-fasa kitaran haid dalam bentuk analogi kitaran bulan dan mempunyai pengiraan tarikh haid bulanan 30 dan 31 hari. Dapatan intervensi menunjukkan peningkatan sebanyak +65.21% untuk Gred Baik dalam pencapaian murid. Rumusannya "The Menstrual Wheel" dapat membantu murid memantau dan memahami kitaran haid dengan lebih baik. Ia juga merentas kurikulum untuk subjek Sains dan Pendidikan Kesihatan dan boleh digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Alat ini dapat membantu guru-guru dalam pengajaran di kelas, malah sesuai dikomersialkan.