SITI NURMARLISYA BINTI ISKANDAR DZULKARNAIN KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
Laksa cucur merupakan sebuah inovasi daripada makanan tradisional malaysia laitu laksa serta digabungkan dengan cucur krispi yang rangup dihidangkan di atas laksa tersebut. Makanan ini berpotensi untuk menarik perhatian pelanggan kerana inovasinya yang menarik serta memperkenalkan pelanggan dengan sesuatu yang baharu. Keaslian rasa laksa yang dihidangkan sekali dengan laksa cucur memberikan daya tarik kepadai pelbagai golongan, terutamanya golongan muda yang sentiasa ingin mencuba perkara baharu. Secara keseluruhannya, laksa cucur krispi menawarkan peluang besar dalam mencipta pengalaman makan yang menarik dan bekembang di pasaran.