MOHAMMAD HAKIIM BIN NASERUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH
Sikap dan tingkah laku 6 orang murid tahun 5 Mahir semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam bidang sirah ,tajuk Hijrah Membawa Rahmat menunjukkan mereka tidak begitu berminat dan sukar memahami isi pembelajaran ketika sesi pdpc di dalam kelas.Punca utama ialah kaedah pembelajaran tradisional yang hanya berpusat pada guru serta kekurangan bahan bantu mengajar yang menarik. Maka fokus kajian ini adalah menangani masalah tersebut dengan mencipta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan aplikasi Augemented Realiti.Kajian ini di lakukan dengan menggunakan kaedah ujian pra dan ujian post serta temu bual. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kefahaman murid terhadap tajuk yang di pelajari meningkat dan murid berasa seronok serta berpuas hati menggunakan bahan bantu mengajar melalui aplikasi inovasi yang di cipta. Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan inovasi bahan bantu mengajar melalui aplikasi Augmented Reality dapat menarik minat dan tumpuan murid ketika sesi pembelajaran serta konsep inovasi yang di hasilkan adalah selari dengan Pembelajaran Abad ke 21 serta penggunaan teknologi terkini dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Kata Kunci: Hijrah,Augmented Reality