AHMAD AIMAN BIN ABU BAKAR SK BINTANG
Kamus Komik :BIT adalah kamus yang diadaptasi daripada Kamus Kod Tangan Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru yang mengajar Murid Bekeperluan Khas (MBK) bermasalah pendengaran untuk tujuan komunikasi dan pengajaran di dalam kelas. Kamus lama Kod Tangan terdiri daripada gambar kod tangan bercetak dan tiada unsur warna digunakan. Justeru itu dengan membuat penambahbaikan daripada kamus yang sedia ada, Kamus Komik :BIT telah diwujudkan. Kamus ini menggunakan gabungan pelbagai elemen yang menarik bagi menggalakkan pembelajaran aktif dan gabungan konsep digital dalam pembelajaran seiring dengan Revolusi Insdustri 4.0 pada masa kini. Kamus ini menggunakan microbit dan QR kod sebagai pemudahcara dan dibina semula dengan konsep cerita pendek yang mudah dengan grafik yang lebih jelas dan mempunyai warna yang menarik serta penambahan unsur sentuhan serta interaktif. Kamus ini juga bukan sahaja penambahbaikan daripada kamus yang sedia ada namun ia juga boleh dijadikan buku cerita mudah untuk murid tahap satu memandangkan masalah utama murid pendengaran adalah aspek Bahasa. Penggunaan robot microbit dengan pengaturcaraan mudah dan QR kod menjadikan ianya sangat menarik serta boleh menggalakkan pembelajaran aktif selain boleh memberi pendedahan teknologi robotik dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas. Penggunaan kamus ini dapat meningkatkan penguasaan kosa kata murid dengan lebih efektif serta menjimatkan masa untuk murid membuat rujukan isyarat tangan kerana penggunaan microbit dan QR kod terus memaparkan perkataan yang diperlukan oleh murid sepantas beberapa saat sahaja apabila murid telah memasukkan kod yang betul. Jika murid memasukkan kod yang salah, nombor dan perkataan yang lain akan dipaparkan. Hal ini memudahkan murid membuat semakan perkataan dengan sangat pantas.