MOHD SAIFUL BIN OTHMAN SJKC KHOON AIK
Aspek tatabahasa merupakan salah satu elemen penting yang perlu dikuasi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen yang dilakukan, didapati terdapat murid tahun tiga yang masih belum menguasai tajuk kata ganti nama diri ketiga dengan baik. Bagi mengatasi masalah ini, satu inovasi telah dihasilkan, iaitu DIMBE. DIMBE merupakan singkatan bagi dia, mereka dan beliau. Inovasi ini mempunyai tiga aktiviti yang menarik. Inovasi ini dilaksanakan ke atas empat orang murid dan dijalankan selama dua minggu. Hasil inovasi ini menunjukkan bahawa murid berjaya menguasai konsep kata ganti nama diri ketiga dengan baik dan mudah.