Anis Zulaikha Binti Abu Bakar KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Industri makanan berasaskan rambutan adalah pada kadar rendah kerana limitasi produk yang boleh dihasilkan menggunakan buah tersebut. Namun, biji rambutan tidak digunakan dan menyumbang kepada peningkatan lambakan sampah di negara ini. Jika biji rambutan dimakan begitu sahaja, ianya agak pahit dan kelat. Namun, setelah diproses dan diolah bahan tersebut ianya mampu dijadikan produk bernilai tinggi seperti Macaron. Dengan kandungan nutrient seperti protein, lemak dan serat yang baik, ianya mampu menambahbaik nilai pemakanan Macaron sedia ada. Produk ini menggunakan campuran 50% serbuk biji rambutan serta 50% serbuk badam. Produk ini boleh dikomersialkan dengan kualiti nutrisi yang lebih baik pada harga yang lebih rendah.