YCV502: MOVEYE 2.0

NURNAZURAH BTE SAMSUDIN SMK DATUK BENDAHARA

Projek MOVEYE 2.0 adalah satu inovasi berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) yang bertujuan untuk membantu guru dan pengawas peperiksaan mengawal pergerakan pelajar dengan lebih efektif semasa peperiksaan dijalankan. Masalah utama yang dihadapi di kebanyakan sekolah adalah kekurangan dewan besar, menyebabkan peperiksaan terpaksa dijalankan di bilik-bilik khusus yang berbeza. Ini menyukarkan pengawasan kerana tiada komunikasi yang efisien antara pengawas di bilik-bilik berasingan, yang boleh membawa kepada situasi pelajar keluar serentak tanpa kawalan, meningkatkan risiko pelanggaran disiplin seperti peniruan. MOVEYE 2.0 direka untuk memudahkan pemantauan pergerakan pelajar secara masa nyata serta membolehkan komunikasi yang lebih baik antara pengawas peperiksaan menggunakan aplikasi Blynk. Sistem ini memberikan notifikasi segera kepada pengawas jika terdapat pelajar yang keluar dari bilik, membolehkan tindakan segera diambil untuk mengawal keadaan. Produk ini bukan sahaja meningkatkan kawalan pergerakan pelajar, tetapi juga mengurangkan risiko gangguan disiplin semasa peperiksaan besar dijalankan di sekolah.