Aiman POLITEKNIK JELI KELANTAN
Kami membina kotak penghijrahan vermikompos pintar berasaskan ESP32 untuk membantu pengusaha kecil mengurus katil cacing dengan kehadiran di tapak yang minimum. Sistem ini menggunakan penderia suhu untuk memantau keadaan batas cacing secara masa nyata sekali gus mengekalkan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti cacing dan pereputan sisa organik. Data dihantar tanpa wayar ke papan pemuka digital bagi pemantauan jarak jauh dan analisis asas, membolehkan pengesanan awal masalah seperti pemanasan melampau. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kualiti vermikompos, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual dan berfungsi sebagai alat pengajaran serta penyelidikan pertanian pintar di institusi pengajian tinggi.