HAMZAH BIN ZAKARIA SK PARIT
Inovasi penggunaan Virtual Reality Intervention (VRI) ini direka khusus berdasarkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai tajuk Sistem Suria. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah yang menarik, berkesan serta mudah difahami oleh murid. Inovasi ini mengaplikasikan konsep Pembelajaran Digital yang berpusatkan murid. Menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra, ujian pasca dan temubual untuk menguji keberkesanan inovasi. Kajian ini telah dijalankan ke atas 10 orang murid Tahun 3 yang tidak menguasai Tahap Penguasaan 3 dalam pentaksiran bilik darjah. Dapatan menunjukkan pendekatan alternatif ini telah dapat meningkatkan penguasaan murid-murid, menjadikan murid lebih aktif, fokus serta menarik minat murid untuk belajar. Guru-guru dapat memaksimumkan proses pembelajaran dan seterusnya dapat mengelakkan masalah keciciran.