NURUL UMAIRAH BINTI MOHD AFFANDI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK KEDAH
Projek inovasi digital Rimba Run: Peribahasa merupakan satu inisiatif berasaskan gamifikasi dalam pendidikan Bahasa Melayu. Peribahasa merupakan asset bangsa Melayu yang perlu kita pelihara. Peribahasa juga sering dikaitkan dengan kemahiran menggunakan atau mengaplikasikannya oleh para pelajar adalah masih lemah dan memerlukan perhatian. Peribahasa merupakan bahasa kiasan yang digunakan secara halus untuk menyampaikan nasihat dan pelajar sering gagal untuk memahami makna tersirat yang terkandung dalam sesebuah peribahasa. Projek ini dibangunkan sebagai respon terhadap cabaran pembelajaran peribahasa yang sering dianggap sukar, membosankan dan sukar difahami oleh pelajar. Rimba Run menggabungkan elemen permainan interaktif dalam ‘suasana’ hutan, di mana pelajar perlu menjawab soalan berkaitan peribahasa dalam tempoh masa tertentu.