PR337: SMART INTERACTIVE SQL LEARNING

NOR AIMUNI BINTI ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

Structured Query Language (SQL) merupakan bahasa utama dalam pengurusan pangkalan data. Namun, kaedah pengajaran tradisional kurang berkesan dan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami dan mengaplikasikan SQL. Projek Smart Interactive SQL Learning (SISQLL) dibangunkan sebagai sebuah platform pembelajaran interaktif berasaskan web untuk membantu pengguna dalam menguasai SQL. Objektif projek ini untuk membangunkan sebuah sistem pembelajaran yang memfokuskan kepada pengajaran asas SQL secara dalam talian dan meningkatkan penglibatan pelajar dalam memahami konsep SQL. Projek inovasi SISQLL mempunyai kefungsian SQL History, Rule Configuration, Code Feedback dan Learning Challenges. Impak projek ini sebagai alternatif yang berkesan dalam memperkasakan pembelajaran SQL dan meningkatkan penguasaan SQL.