Prof Madya Dr. Norazimah Binti Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris
RISS Magnum Opus (Reka Imej Sulalatus Salatin Magnum Opus). Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu merupakan magnum opus Melayu dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Objektif pertama ialah menjelaskan adaptasi bahan pembelajaran magnum opus Sulalatus Salatin berasaskan peristiwa melalui rekaan imej dan objektif kedua ialah melestarikan manuskrip magnum opus Sulalatus Salatin melalui bentuk adaptasi teks. Kajian ini bernilai tambah apabila ia berupaya memperkenalkan elemen baharu dalam manuskrip sebagai sumber pelestarian untuk dihayati pelajar. Inovasi mengenai manuskrip Melayu dapat melestarikan dan mengangkat martabat warisan bangsa sejajar dengan menyahut misi pengekalan warisan antarabangsa UNESCO dan pengekalan warisan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia.