FADHIL LATIFFI BIN SHAHRUDDIN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Light Dependent Safety Power Socket (LD-SPS) direka untuk meningkatkan keselamatan penggunaan peralatan elektrik dalam persekitaran kerja yang bergantung kepada pencahayaan. Risiko kemalangan berlaku apabila sistem pencahayaan gagal tetapi alatan elektrik masih menerima bekalan kuasa, kerana pendawaian pencahayaan dan kuasa diasingkan dengan tahap perlindungan berbeza. LD-SPS berfungsi secara automatik memutuskan bekalan kuasa kepada mesin atau alatan apabila pencahayaan terpadam, sekali gus menghalang operasi dalam keadaan gelap. Bekalan kuasa hanya akan diaktifkan semula apabila pencahayaan kembali normal dan pengguna menekan butang reset secara manual untuk memastikan operasi lebih selamat dan terkawal.