NUR WAHIDAH BINTI AZHARI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Inovasi ini dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran secara langsung di Bengkel Teknologi Reka Bentuk Produk Berasaskan Kayu, Kolej Vokasional Slim River. Kekangan pelajar Tahun 1 SVM dalam memahami sepenuhnya secara teori konsep Venir dan aplikasinya dalam hiasan dalaman. Justeru itu, Lamina Panel Venir ini dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang menampilkan bagaimana proses penghasilan Venir, teknik penandaan, potongan dan teknik tekanan yang betul. Hasil ini, menunjukkan peningkatan kefahaman pelajar, disamping dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam kerja kayu. Kesimpulannya, inovasi ini berkesan dalam menjadikan proses PdPc lebih interaktif dan praktikal.