SS635: KEBERKESANAN Kembara DaLeTo Dalam Kemahiran Mendarab Dan Motivasi

NOOR ASIAH BINTI CHE HASSAN SEKOLAH KEBANGSAAN TEGAYONG

Kajian ini menilai keberkesanan intervensi Kembara DaLeTo berasaskan pembelajaran permainan digital dan Model ARCS terhadap motivasi serta pencapaian kemahiran mendarab murid Tahun 4. Reka bentuk kuasi eksperimen pra–pasca melibatkan 60 murid (30 eksperimen, 30 kawalan). Instrumen kajian ialah ujian pencapaian (35 markah) dan soal selidik motivasi ARCS (24 item). Dapatan ujian-t menunjukkan skor pencapaian pasca kumpulan eksperimen lebih tinggi (M=26.80, SP=2.35) berbanding kawalan (M=19.83, SP=2.34), t(58)=11.51, p<.001. ANCOVA mengesahkan motivasi pasca berbeza signifikan, F(1,57)=118.52, p<.001. Korelasi menunjukkan hubungan motivasi–pencapaian adalah signifikan (r=.85, p<.001), manakala regresi menunjukkan motivasi meramal pencapaian (R²=.72).