ST350: DUALIFE

SAREKAA NAIDU A/P SARAVANAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

Dualife merujuk kepada inovasi pensel yang seiring dengan amalan kelestarian alam dengan dua kegunaan dalam jangka hayatnya, iaitu berfungsi sebagai alat tulis dan boleh ditanam selepas digunakannya. Pensel mekanikal berasaskan plastik yang sering digunakan oleh masyarakat, terutamanya pelajar menyumbang kepada perupatan plastik yang berpanjangan selepas pensel tersebut tidak berfungsi manakala pensel biasa sentiasa diabaikan atau ditinggalkan oleh pelajar manakala pensel berasaskan benih lain sering gagal oleh sebab kekurangan nutrisi atau penyiraman air secara tidak efektif. Oleh itu, Dualife dihasilkan yang bermula sebagai alat tulis dan akhirnya menjadi medium penanaman benih. Selain itu, inovasi ini boleh meningkatkan kesedaran tentang pelupusan dan kelestarian alam sekitar.  Inovasi ini menekankan penggunaan bahan asas rumah yang bermesra alam seperti plumbum mekanikal (2B 1.0mm), surat khabar, gam kanji yang diperbuat daripada tepung, air dan serbuk kulit telur, tanah liat kering udara, dan benang kapas. Benih zinnia elegans dipilih sebagai benih dalam inovasi kerana bersesuaian dengan iklim Malaysia. Dengan ini, Dualife dapat meminimumkan sisa buangan dan dapat menggalakkan amalan kelestarian alam.