PR589: Educational Vending (EV) BOX

KARTTIVAREN A/L KARTHIKESU SJK(T) LADANG SUNGAI RAYA

Educational Vending (EV) Box ini bertujuan untuk mengurangkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Tema bagi hasil ciptaan produk ini ialah Persekitaran Lestari. Projek ini merangkumi tiga tunjang utama Persekitaran Lestari iaitu Kesaksamaan sosial (social equity), Pemeliharaan persekitaran (Environmental protection) dan Daya maju ekonomi (economic viability). Objektif projek inovasi ini adalah untuk meningkatkan inisiatif guru bagi menggalakkan murid-murid dalam mengekalkan amalan belajar dan menggalakkan persaingan positif dalam pendidikan. Ini kerana, pada masa sekarang didapati sesetengah murid tidak mempunyai minat dalam pembelajaran menyebabkan mereka mempunyai prestasi akademik yang rendah. Projek ini dapat meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Projek ini menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, kami telah mengimplementasikan elemen robotik iaitu cip microbit dalam projek ini. 

Kata kunci: Persekitaran lestari, robotik, masalah belajar, motivasi extrinsik