MUHAMMAD HAZIQ SAFWAN BIN MOHAMAD ZIKRI SMK KAMPONG SELAMAT
Bidang Pembelajaran 5.0 Termokimia, Tindak balas Eksotermik dan Endotermik merupakan topik yang digemari murid. Berdasarkan kajian awal, didapati 19 murid 3Amanah mengalami kesukaran untuk membezakan konsep tindakbalas eksotermik dan endotermik. Justeru, satu intervensi dilaksanakan melalui aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek(PBL) dengan merekabentuk bahan menggunakan bahan organik berasaskan tumbuhan iaitu dengan penghasilan inovasi Pdp “EndoPBAV”. Inovasi gel tampalan organik “EndoPBAV” ini menyelesaikan masalah suhu badan tinggi menggunakan konsep tindakbalas endotermik iaitu tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran dan menyebabkan suhu persekitaran menurun. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti projek “EndoPBAV” dapat meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid dalam topik ini.