Muhammad Habiibullah Bin Noor Hassan NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Cookies Kantan Flower ialah produk makanan yang berasaskan dari etlingera elatior (bunga kantan), salted butter, aising sugar, tepung jagung dan tepung gandum. Ia bertujuan bagi menarik pelanggan yang kurang berminat dengan bunga kantan dengan penghasilan cookies . Penggunaan bunga kantan mengandungi khasiat iaitu merawat kencing manis dan darah tinggi. Selain itu, bunga kantan juga bersifat antioksidan serta boleh dijadikan sebagai perasa dalam sesuatu produk. Bunga kantan selalu digunakan dalam masakan panas seperti asam pedas, laksa dan lain-lain. Oleh itu, bunga kantan ini dihasilkan dalam bentuk cookies untuk memperluaskan penggunaannya dalam bidang pastri. Perlaksanaan produk ini juga dapat mengekal pemakanan yang berkhasiat kepada seseorang individu itu.