NUR BATRISYIA FARZANA BINTI HUSAINI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT
Bidang Pembelajaran 10.0 Perubatan Tradisional,Sains tingkatan 4 merupakan topik yang digemari oleh kebanyakan murid. Berdasarkan kajian awal dijalankan, didapati 4 daripada 7 kumpulan murid 4Cemerlang mengalami kesukaran dalam menjalankan projek untuk topik ini. Justeru, satu intervensi dilaksanakan melalui aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek dengan merekabentuk bahan menggunakan tumbuhan tropika yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Inovasi AloeBetle Guard menggunakan daun sirih (PiperBetle), Aloe vera dan madu untuk menyembuhkan luka. Ini kerana PiperBetle dan Aloe Vera mempunyai khasiat antiseptik, antibakteria dan antiradang. Ujian menunjukkan kawasan yang diletakkan cakera ekstrak PiperBetle + Aloe Vera tiada pertumbuhan bakteria. Malah, Pembelajaran Berasaskan Projek menggunakan “AloeBetle Guard” ini, memberi impak autonomi kepada murid untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu dan memberi kualiti pembelajaran yang tinggi melalui penglibatan aktif murid.