NUR EDLEEN FAZRYN BINTI MOHD FAIZ KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
Projek inovasi HandFlex Rest diperkenalkan untuk menangani masalah ketegangan otot tangan yang sering dialami oleh pekerja pejabat, khususnya setiausaha. Produk ini direka sebagai alas ergonomik yang menyokong pergelangan tangan semasa menaip. Selain itu, ia dilengkapi dengan zon terapi jari dan fungsi getaran mekanikal yang berfungsi untuk melegakan otot yang tegang. Dengan reka bentuk yang kompak, ringan dan mesra pengguna, HandFlex Rest sesuai digunakan di pelbagai lokasi, termasuk pejabat dan rumah. Produk ini bertujuan mencegah kecederaan seperti Carpal Tunnel Syndrome, yang sering berpunca daripada penggunaan komputer secara berpanjangan. HandFlex Rest diperbuat daripada memory foam, bebola urutan, alat getaran berkualiti tinggi serta permukaan anti-gelincir. Gabungan bahan ini membantu mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan produktiviti kerja dan memastikan kesihatan tangan pengguna sentiasa terpelihara.