PR335: Sistem Maklumat Pelajar OJT (E-OJT)

Nurul Khalisah Binti Mohamed Kolej Vokasional Pasir Mas

Sistem Maklumat Pelajar On-The-Job Training atau E-OJT merupakan sistem dalam talian mengurus maklumat pelajar OJT Program Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Vokasional Pasir Mas. Pengurusan data manual menimbulkan masalah seperti kehilangan maklumat, dan kelewatan mendapatkan data yang diperlukan. Sistem ini sebagai penyelesaian digital yang sistematik. E-OJT memudahkan penyimpanan dan pengurusan maklumat pelajar dalam satu platform digital. E-OJT juga mesra pengguna, dan mudah diakses. E-OJT menggunakan platform Google Site kerana sesuai untuk aplikasi berasaskan web. Kaedah Pembangunan Model Waterfall, melibatkan lima fasa iaitu keperluan sistem, reka bentuk, pelaksanaan, pengujian dan penyelenggaraan. E-OJT mempunyai dua kategori pengguna iaitu penyelaras dan pensyarah penyelia organisasi.