HANITA BINTI LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS
HISTORY E-BOOK adalah sebuah buku nota atau ringkasan secara digital yang mempunyai gambar berkaitan suatu peristiwa sejarah untuk memudahkan para pelajar yang sukar untuk menghayati atau mendapatkan gambaran sesuatu peristiwa sejarah atau perkara yang telah di baca. Kami menghadapi masalah memahami dan membuat imaginasi tentang topik sejarah. Oleh itu,kami menghasilkan HISTORY e-Book tentang topik sejarah yang sukar difahami atau mengelirukan itu.Kami telah menggunakan aplikasi ChatGPT dengan menggunakan promp yang sesuai untuk mendapatkan imej yang menarik dan juga kami menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan sebuah cerita yang singkat dan padat untuk di fahami mengenai tajuk yang berkenaan.Selepas mendapatkan imej-imej dan jalan cerita yang sesuai kami menggunakan aplikasi canva untuk menyempurnakan HISTORY e-B-Book tersebut.Produk ini memudahkan kami sebagai pelajar membuat gambaran tentang peristiwa sejarah tersebut. Hal ini juga membuat pembelajaran mata pelajaran sejarah semakin menarik dan seronok dan digemari ramai pelajar.Selain itu kami juga dapat meningkatkan kemahiran digital kami.Kami telah kongsikan HISTORY e-Book ini kepada rakan-rakan kami dan mereka sangat tertarik dengan hasil kerja kami.