YCV420: 34TC BOARD

AZFIANNA NUR IZZATI BINTI AZMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PITAS

iRISE25 | Young Creator

CR: 0.2222 | 2 Likes | 9 Views | 28 times | LS: 30.4
Like it? | Support them now!

Penggunaan inovasi ‘34TC Board’ adalah berdasarkan permasalahan sebenar dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya murid Tingkatan 1 untuk membantu mereka untuk menguasai rumus luas segi empat tepat, segi empat sama, segi empat selari, segi tiga, trapezium dan bulatan. Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan pelajar sekolah menengah yang mempunyai kognitif yang lemah untuk mempelajari, memahami serta menguasai konsep pengiraan rumus luas bagi setiap bentuk yang berbeza. Idea membangunkan inovasi ‘34TC Board’ ini bermula daripada catatan refleksi daripada pengalaman kami sendiri ketika berada di Tingkatan 1 dan melalui pemerhatian guru-guru mata pelajaran matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Antara masalah yang dikenalpasti, murid keliru untuk menentukan rumus  luas berdasarkan bentuk yang diberi. Murid juga tidak dapat menggantikan nilai yang betul dalam pengiraan luas. Selain itu, sebahagian murid juga sering menganggap Matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Oleh itu, dengan adanya inovasi ini, murid akan berasa seronok dan dapat lebih mudah memahami konsep pengiraan rumus luas. Inovasi yang dibina ini sangat praktikal, mudah dibawa, disimpan dan ekonomik. Mempunyai enam fungsi iaitu mengira rumus luas segi empat tepat, segi empat sama, segi empat selari, segi tiga, trapezium, dan bulatan yang mempunyai rumus yang berbeza bagi setiap bentuk. Inovasi ini memberi implikasi positif kepada PdP yang lebih berkesan, interaktif dan menyeronokkan di dalam bilik darjah. Inovasi ini juga dapat mengupayakan kemahiran kognitif daripada konsep konkrit kepada abstrak seterusnya dapat menguasai keseluruhan konsep pengiraan rumus luas secara konseptual. Akhirnya, semua murid berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan membuat penaakulan bagi menyelesaikan masalah selari dengan corak pembelajaran abad ke-21.