ZARINA BINTI TAJUDDIN ZARINA BINTI TAJUDDIN
Aromaterapi ialah pendekatan terapeutik komplementari yang menggunakan aroma semula jadi untuk menyokong kesejahteraan fizikal dan emosi. Ecoscent merupakan produk aromaterapi berasaskan bahan semula jadi yang berfungsi melalui rangsangan deria bau bagi menghasilkan kesan terapeutik. Kajian ini bertujuan menilai potensi Ecoscent dalam membantu relaksasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi. Berdasarkan sorotan literatur, minyak pati seperti lavender, eucalyptus dan sitrus didapati mempunyai kesan menenangkan serta membantu mengurangkan kebimbangan. Secara keseluruhan, Ecoscent berpotensi digunakan sebagai terapi sokongan dalam pengurusan tekanan dan peningkatan kualiti hidup.