STV18: PENGHASILAN PENGESAN VOLTAN PINTAR MENGGUNAKAN SISTEM RADIO FREQUENCY (RF) DAN SISTEM INTERNET OF THINGS (IOT)

MUHAMMAD FARIS BIN FIRDOZ Kolej Vokasional Balik Pulau

Projek ini berasaskan daripada idea punca masalah yang wujud apabila berlaku litar pintas atau trip yang bermasalah untuk mencari punca pada terminal beban melebihi atau tersentuh antara terminal. Hal ini menyebabkan juruteknik menggunakan masa yang lama untuk memastikan terminal atau Miniture Circuit Breaker mana yang digunakan pada beban. Hal ini juga menyebabkan juruteknik menggunakan kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja yang banyak untuk menyelesaikan satu masalah yang berlaku. Konsep asal projek ini hanya untuk digunakan pada pendawaian yang menggunakan satu fasa. Selepas membuat banyak penambahbaikan projek ini ditambah dapat digunakan pada tiga fasa. Projek ini jugak boleh digunakan dengan dua cara iaitu menggunakan sistem radio frequency dan sistem iot (Internet Of Things) untuk lebih memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan mengesan kawalan kuasa pada setiap Miniture Circuit Breaker.