NUR AINA ZAHIRAH BINTI MUHAMMAD AL-BUKHARI SMK TENGKU ARIS BENDAHARA
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi AI, khususnya
Teachable Machine, dalam mengesan paras air semasa banjir kilat dan memberikan
amaran awal kepada komuniti yang terjejas. Hipotesis kajian menyatakan bahawa
aplikasi AI mampu mengenal pasti paras air dengan tepat dan memberikan amaran
yang membantu dalam persiapan menghadapi banjir. Metodologi yang digunakan
melibatkan pengumpulan data aras sungai dari Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri
Johor. Data ini digunakan untuk melatih model AI melalui Teachable Machine, yang
kemudian diuji dalam pelbagai senario banjir. Kajian ini mendapati bahawa aplikasi AI
berjaya mengenal pasti paras air dengan ketepatan yang tinggi dan memberikan
amaran awal yang boleh membantu mengurangkan kerosakan serta kerugian akibat
banjir.Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknologi AI adalah
berkesan dalam pengurusan banjir, khususnya dalam pengesanan awal dan
pemberian amaran. Ini memperlihatkan potensi besar AI dalam membantu komuniti
bersiap sedia menghadapi bencana alam.
Kata Kunci: AI, Teachable Machine, banjir kilat, pengesanan paras air, amaran awal