PRV206: Penggunaan Produk Inovasi Interaktif GeoTerraTrails (GTT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Kursus Tourism Geography DTM10333

Noor Jalilah Binti Abdul Jalil Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Inovasi GeoTerraTrails (GTT) dibangunkan untuk membantu pelajar menghafal fakta penting mengenai negara tertentu dan menggalakkan penglibatan aktif dalam pembelajaran. Ia digunakan dalam kursus Tourism Geography (DTM10333) bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Muadzam Shah. Objektif inovasi ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kepentingan pembelajaran interaktif GTT kepada pelajar. Manakala objektif kedua adalah mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap GTT. Kajian kuantitatif telah dilaksana dengan mengedarkan 38 borang soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS 25. Hasil kajian menunjukkan skor min yang tinggi bagi kedua-dua elemen kepentingan dan penerimaan pelajar terhadap GTT. Pembelajaran interaktif GTT dapat memberi impak positif kepada pelajar dalam meningkatkan daya kefahaman dan ingatan terhadap topik pembelajaran yang terdapat di dalam kursus Tourism Geography.