MUHAMMAD AMMAR DANISH BIN SOLEMAN KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
CircuitGuard ialah satu smart extension berfokuskan keselamatan elektrik yang direka untuk melindungi pengguna dan peranti elektronik daripada bahaya renjatan elektrik, kebakaran serta kerosakan akibat lonjakan kuasa dan petir. Produk ini dilengkapi dengan Residual Current Circuit Breaker (RCCB) yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran arus. Selain itu, CircuitGuard turut menawarkan perlindungan lonjakan kuasa bagi memastikan penggunaan elektrik yang lebih selamat dan terkawal. Reka bentuknya yang ringkas dan mesra pengguna menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian di rumah, sekolah dan pejabat. Pembangunan CircuitGuard menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 3, SDG 7, SDG 11 dan SDG 12 dengan meningkatkan keselamatan, kecekapan tenaga dan penggunaan peralatan elektrik secara lestari.