STV177: AKUAPONIK LANDSKAP (AQUALENS)

MUHAMMAD ISYRAF FIRDAUS BIN HASSIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NAMA PROJEK KAMI IAITU AQUALENS. (AKUAPONIK LANDSKAP) AKUAPONIK IALAH KAEDAH YANG MENGGABUNGKAN DUA JENIS PENANAMAN YANG BERBEZA IAITU IKAN DAN TUMBUHAN SECARA BERSAMA. KELEBIHAN INOVASI KAMI IAITU PROJEK YANG MENGGUNAKAN BARANG KITAR SEMULA DAN TERPAKAI. IANYA TIDAK MENGGUNAKAN KOS YANG MAHAL. TAMBAHAN LAGI, IANYA JUGA MEMBERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA MAHASISWA MAHASISWI UNIVERSITI DAN JUGA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TENTANG PENGALAMAN MENGGUNAKAN KAEDAH AKUAPONIK. HAL INI DAPAT MENARIK PERHATIAN DAN MINAT PARA PELAJAR BERKENAAN AKUAPONIK SERTA LEBIH-LEBIH LAGI BERKAITAN BIDANG PERTANIAN. TARGET PROJEK INI ADALAH UNTUK DILAKSANAKAN DI SEKOLAH ATAU IPTA/S. SEBAGAI CONTOH, IANYA DAPAT MEMBERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4 & 5. IANYA SEBAGAI PERSEDIAAN BAGI MENGAMBIL SUBJEK PERTANIAN DALAM PEPERIKSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN DI UNIVERSITI KELAK. SELAIN ITU, PROJEK INI JUGA DAPAT TINGKATKAN IMEJ SESEBUAH INSTITUISI BILAMANA INOVASI AKUAPONIK INI DILAKSANAKAN DISANA. TIDAK HANYA PERTANIAN SAHAJA BAHKAN SISTEM LANDSKAP JUGA MAMPU MENCANTIKKAN SUASANA SEKITAR DAN MENJADI DAYA TARIKAN KEPADA ORANG LUAR. DALAM PADA ITU, IANYA JUGA DAPAT MEMBERIKAN PELBAGAI PENDIDIKAN KEPADA PARA PELAJAR SEPERTI MEMPELAJARI PROSES MENANAM, TUAI (HARVEST) DAN MENJUAL HASIL PRODUK. BAHKAN, IANYA JUGA DAPAT MEMBENTUK MINAT KEUSAHAWANAN DALAM DIRI PELAJAR. SEKIRANYA IANYA DILAKSANAKAN DI SEKOLAH MAHUPUN DI IPTA/S IANYA MAMPU MENJANA PENDAPATAN INSTITUISI INI. SEBAGAI CONTOH, SEKIRANYA 10 PROJEK DILETAKKAN DI 10 TEMPAT BERLAINAN DALAM UNIVERSITI INI. SATU PROJEK DAPAT MENJANA JUMLAH RM 100 KE 150 SELAMA DUA BULAN. MAKANNYA, KITA MAMPU MENJANA LEBIH RM 1000.00. BUKAN ITU SAHAJA, TERDAPAT JUGA PENGGUNAAN TEKNOLOGI PANEL SOLAR BAGI MEMASTIKAN TENAGA ELEKTRIK SENTIASA DAPAT DIBEKALKAN MESKIPUN SISTEM ELEKTRIK "BLACKOUT" PADA WAKTU SIANG MAHUPUN MALAM. SUMBER ELEKTRIK PENTING BAGI MEMASTIKAN AIR SENTIASA DAPAT DIPAMKAN DAN MENGALIR KE SETIAP AKAR TUMBUHAN.