NURUL ALYA BINTI AZMI SMK KAMPONG SELAMAT
Pendermaan Darah adalah topik 3.3 Darah Manusia Sains Tingkatan 3. 19 murid 3Amanah tidak dapat menerangkan padanan kumpulan darah yang serasi atau tidak serasi dalam pemindahan darah yang melibatkan kehadiran antigen dan antibodi. Kajian dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehan menerangkan padanan kumpulan darah menggunakan ‘Bank Hayat AA-ntigenAntibodi’. Ia merupakan simulasi sebuah beg darah yang mengandungi antigen dalam sel darah merah dan antibodi dalam plasma darah. Selepas intervensi pembelajaran 'hands-on' menggunakan ‘Bank Hayat AA’ ini,didapati semua murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Murid dapat menerangkan padanan kumpulan darah dengan tepat. Pencapaian murid meningkat. Ia amat sesuai dikomersialkan pada masa akan datang.