YCV220: FUN WORD WALL GAME

HANITA BINTI LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS

Word Wall Game, sebuah produk inovasi yang menjadikan proses ulang kaji lebih menarik dan interaktif. Produk menggabungkan dunia pembelajaran dan penggunaan teknologi secara bijak. Dengan Word Wall Game, pelajar boleh belajar dari kesilapan mereka sambil kekal terhibur, menjadikan pembelajaran sesuatu yang dinanti-nanti. Produk Word Wall Game ini kami hasilkan menggunakan aplikasi Word Wall. Kami hasilkan produk pembelajaran dengan menggunakan isi penting atau fakta berdasarkan buku teks. Seterusnya kami hasilkan ilustrasi dengan melukis atau menggunakan ChatGPT agar dapat menggunakan imej-imej yang sesuai dengan topik. Produk tanpa kos ini begitu bermanfaat kerana murid berupaya mempelajari mata pelajaran sejarah secara interaktif dan efektif. Visual yang menarik dan kesan bunyi membolehkan murid seronok belajar. Papan skor yang disediakan menjadikan murid teruja untuk berusaha menjawab dengan tepat yang mana sudah tentu mendorong murid belajar bersungguh-sungguh.