STV495: MESIN PENGOLAH KEKABU

UMAR MUQHORI BIN MUHAMAD KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN

Mesin Pengolah Kekabu adalah sebuah alat yang direka untuk mempercepatkan dan mempermudahkan proses pengasingan serat kekabu daripada biji dan kotoran. Serat kekabu yang diproses digunakan dalam penghasilan bantal, tilam, dan produk seumpamanya. Penggunaan mesin ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual yang intensif dan menjimatkan masa pemprosesan. Objektif utama mesin ini adalah untuk memastikan penghasilan kekabu yang konsisten dalam kualiti dan kuantiti, sekaligus mengurangkan masa pemprosesan dan keperluan tenaga kerja. Masalah yang dihadapi dalam pemprosesan kekabu secara manual termasuk keperluan tenaga kerja yang ramai, masa yang panjang, serta kecekapan yang tidak konsisten dalam memisahkan serat dari biji kekabu. Dengan adanya mesin ini, proses pemprosesan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan efisien. Signifikan projek ini terletak pada potensi peningkatan produktiviti, di samping mengurangkan kos buruh dan menjamin kualiti produk yang lebih baik. Mesin ini dijangka berkesan dalam mempercepatkan proses, mengurangkan kos operasi, serta memenuhi permintaan pasaran terhadap produk kekabu yang berkualiti tinggi. Potensi pelaksanaan mesin ini adalah tinggi, terutamanya dalam industri pembuatan yang berkaitan dengan produk isian seperti bantal dan tilam. Kata kunci: Mesin pengolah kekabu, Pemprosesan serat, Produk Kekabu.