SITI ZURAINI BINTI MOHD ZAIDI SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA
SMART D LiB direka bagi membantu murid pemulihan mengatasi masalah membaca dengan cepat dalam literasi. Konsep inovasi ini menggunakan ketiga-tiga deria utama murid yang penting iaitu mata, telinga dan mulut yang digunakan secara serentak pandang, dengar dan sebut. Murid akan melihat paparan video yang menggunakan teknologi VR dan menyebut huruf dan perkataan yang didengar serta menyampaikan kepada murid lain melalui paparan video VR yang direka khas sebagai satu inovasi dan yang lebih menarik inovasi ini mempunyai lampu yang dapat mengesan suara yang dilontarkan oleh murid. Murid lain akan cuba menyebut perkataan yang disebut. Inovasi ini akan dapat menarik minat dan menimbulkan keseronokkan semasa murid belajar membaca.