PRV304: ReflectVox: Suara Refleksi Guru

AHMAD SHIDKI BIN MAT YUSOFF IPGM Kampus Kota Bharu

ReflectVox: Suara Refleksi Guru adalah inovasi yang menggabungkan teknologi audio dengan proses refleksi untuk meningkatkan profesionalisme guru praktikum di Institut Pendidikan Guru (IPG). Dengan menggunakan rakaman suara, guru praktikum dapat mendokumentasikan pengalaman pengajaran mereka, menjalankan analisis kendiri, dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam amalan pedagogi mereka. Inovasi ini menyediakan panduan refleksi yang sistematik, memperkasakan pemikiran kritis, menjimatkan masa dan memudahkan peningkatan berterusan dalam pengajaran. ReflectVox menawarkan pendekatan refleksi yang fleksibel dan lestari, berpotensi menjadi alat penting dalam melahirkan guru berkualiti tinggi yang memenuhi standard pendidikan profesional. Dapatan daripada penggunaan ReflectVox mencatat kekuatan yang diperlukan oleh guru untuk melakukan langkah seterusnya semasa praktikum. Ironinya, penggunaan keadah ReflectVox lebih mendalam maknanya berbanding penulisan refleksi secara catatan. Contoh ayat selepas menggunakan ReflectVox " murid seronok dengan set induksi saya dan saya yakin untuk langkah yang seterusnya" (Refleksi 29.8). Begitu juga refleksi guru yang mengambarkan kelemahan dalam merangsang pemikiran inkuiri "saya tidak bersoal jawab untuk murid berfikir secara inkuiri" (Refleksi 24.9). Menerusi ReflectVox guru dapat mengenalpasti kelemahannya seperti penggunaan soalan inkuiri dalam mengembangkan daya fikir kritikal murid. Oleh itu, guru dapat merancang soalan-soalan yang relevan untuk menggalakkan perbincangan yang lebih mendalam selepas proses refleksi menggunakan ReflectVox.