NURUL JANNAH BINTI JAISYA SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING
DURIAN FIBER POT V3 (DFP V3)berupakan inovasi yang dapat membantu mengawal penggunaan plastik semasa proses semaian. Ia diperbuat daripada serat dari kulit durian. Pasu ini digunakan semasa proses semaian biji benih dan akan ditanam bersama pokok semasa proses pemindahan ke lapangan. Kulit durian pada kebiasaannya akan dibuang tanpa dimanfaatkan. Kami dapati bahawa kulit durian kaya dengan gentian (fiber) yang sangat diperlukan oleh anak pokok untuk pertumbuhan akar yang sihat. Pasu ini dalam keadaan kering sangat kuat tetapi apabila lama di dalam tanah ia dapat dikomposkan dengan cepat. Pelbagai kaedah pengujian telah dilakukan bagi memastikan DFP V3 dapat berfungsi dengan baik.