AFFRIEL DOELLY ANAK MACLEAN DIXON SMK PENRISSEN
Fire Blitz adalah satu inovasi berbentuk permainan. Inovasi baharu ini dihasilkan dalam bentuk permainan sebagai satu panduan yang jelas untuk membantu murid menjawab soalan esei menggunakan formula F, H, C dan K. Kumpulan kami telah mencipta inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan markah peperiksaan terutamanya bahagian esei. Rekabentuk inovasi ini menggunakan bahan yang diguna semula, kitar semula dan bahan yang boleh diperbaiki reuse, recycle and repair. Keberkesanan inovasi ini telah menunjukkan berlakunya peningkatan markah dalam peperiksaan kedua berbanding peperiksaan pertama. Inovasi ini telah disebarluas kepada rakan-rkan di kelas lain, sekolah lain dan rakan-rakan di luar daerah Padawan.