JCV239: COOLER MINI FAN 1.0

NURUL SAFINATUNNAJAH BINTI FADZILLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM

iRISE25 | Junior Creator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 47 times | LS: 47.0
Like it? | Support them now!

Sekolah memerlukan persekitaran yang selesa dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, keadaan cuaca pada masa kini yang tidak menentu sehingga terdapat satu tempoh cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan persekitaran pembelajaran menjadi tidak selesa, malah turut mengganggu kesihatan pelajar. Tambahan pula, sikap murid yang kurang prihatin tentang penjagaan kawasan di sekeliling sekolah dengan sisa sampah yang bersepah di sana sini juga menjadi punca kepada ketidakselesaan untuk mereka belajar. Oleh itu, kajian dijalankan untuk membangunkan sebuah kipas tangan mini berpenyejuk dikenali sebagai Cooler Mini Fan daripada bahan kitar semula bagi mengatasi masalah cuaca panas dan penggunaan semula bahan terbuang. Kajian dijalankan menggunakan kaedah berlian berganda yang bersesuaian dalam pembangunan sesuatu produk dan terdiri daripada empat fasa iaitu 1) pemahaman, 2) pensintesisan, 3) pembangunan dan 4) pengimplementasian. Bahan yang diguna dalam kajian untuk menghasilkan Cooler Mini Fan adalah kipas tangan mini, botol plastik kitar semula, gam dan juga ais boleh guna semula. Cooler Mini Fan dibangun dengan mengikut langkah-langkah pembelajaran berasaskan projek daripada PAK21. Tiga prototaip dihasil dan diuji setiap satunya. Setiap prototaip diuji dari segi kefungsian, ciri ergonomik, reka bentuk, nilai estetika dan juga keselamatan. Setiap kekuatan dan kelemahan prototaip dikenalpasti dan ditambahbaik untuk menghasilkan sebuah Cooler Mini Fan yang memenuhi kesemua aspek yang dikehendaki. Maka, kajian mengenai Cooler Mini Fan yang menggunakan bahan kitar semula melalui pendidikan STEM berjaya dilakukan dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan mengurangkan risiko kesihatan akibat gelombang haba.