ABDUL ALIF BIN ABD MARIT KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2
Inovasi ini memanfaatkan daun ubi keledek melalui pendekatan ekonomi kitaran dengan menghasilkan dua produk makanan berasaskan tumbuhan, iaitu Verdekrisp dan Sambal Hijaumantra. Verdekrisp dihasilkan sebagai snek rangup berkhasiat, manakala Sambal Hijaumantra merupakan sambal hijau yang diperbuat daripada sisa serdak daun ubi keledek hasil pemprosesan Verdekrisp. Inovasi ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 2 (Kelaparan Sifar) melalui penghasilan makanan berkhasiat, SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dengan pengurangan pembaziran makanan, serta SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) melalui penggunaan sumber tempatan yang lestari. Produk ini menyokong gaya hidup sihat, mesra alam dan selari dengan keperluan pengguna moden.