SHUKRIAH BINTI CHE KASIM UNIVERSITI MALAYA
Projek inovasi "NABNI: KITA BINA" ini memperkenalkan gamifikasi dalam pengajaran ilmu Saraf yang merupakan cabang Bahasa Arab yang membahas pembentukan dan perubahan perkataan. Projek ini bertujuan mengatasi kelemahan pelajar dengan kaedah pembelajaran interaktif melalui permainan. Pelajar akan belajar sambil bermain untuk meningkatkan minat, kreativiti, dan kemahiran insaniah. Sasaran projek adalah pelajar Pengajian Islam di UMEC, Bachok, dan pelajar dengan asas ilmu Saraf. Permainan melibatkan 5-6 pelajar dalam kumpulan campuran tahap penguasaan. Keberkesanan akan dinilai melalui ujian ringkas selepas permainan. Diharapkan kaedah ini dapat menghilangkan perspektif negatif dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu Saraf.