NURKHAIREEN ALEYA BINTI MOHD KAMARUZAMAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
Penggunaan bahan sintetik dalam pembuatan beg dan produk harian menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta peningkatan sisa tidak terurai. Keadaan ini mewujudkan masalah pencemaran yang berterusan dan meningkatkan keperluan terhadap bahan alternatif yang lebih mesra alam. Oleh itu, satu inovasi telah dijalankan bagi menghasilkan beg mesra alam berasaskan bahan semula jadi iaitu kulit pisang.
Projek ini bertujuan untuk membangunkan helaian bahan alternatif yang fleksibel, tahan lasak dan sesuai digunakan sebagai beg dengan memanfaatkan kulit pisang sebagai sumber serat utama. Metodologi kajian melibatkan penyediaan pes kulit pisang, pencampuran bahan pada nisbah tertentu yang terdiri daripada soya protein sebagai agen pengikat, tepung ubi kayu bagi pembentukan filem dan gliserin sebagai plasticizer. Campuran ini diproses melalui pemanasan terkawal dan pengeringan bagi menghasilkan helaian bersaiz A4.
Hasil kajian menunjukkan bahawa helaian yang dihasilkan mempunyai tahap keanjalan yang baik, tidak mudah retak serta mampu menahan beban ringan. Dari segi kebolegunaan, helaian bahan ini sesuai diaplikasikan sebagai beg bersaiz kecil dan sederhana untuk kegunaan harian. Selain itu, projek ini mempunyai potensi kebolehpasaran yang baik kerana menggunakan bahan buangan organik, kos penghasilan yang rendah serta kaedah pembuatan yang mudah dan selamat.
Inovasi ini turut memberi impak positif terhadap alam sekitar dengan membantu mengurangkan sisa makanan, menyokong amalan kitar semula dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan bahan biodegradasi. Kesimpulannya, inovasi beg berasaskan kulit pisang ini merupakan satu alternatif lestari yang praktikal dan berpotensi untuk dikomersialkan bagi menyokong pembangunan mampan dalam kehidupan harian.
Kata kunci : kulit pisang, beg mesra alam, bahan biodegradasi, inovasi lestari